Dengan masuknya Gnome 3, ini bermaksud bermulanya fasa baru dalam keserasian antara perkakasan dan juga perisian. Unity telah menjadi persekitaran desktop lalai pada Ubuntu 11.10.
Rata-rata ramai yang mahu bar Unity dikecilkan secara lalai. Mungkin ia akan dijadikan seperti itu pada versi akan datang, mungkin juga tidak. Untuk mengecilkannya dalam Ubuntu 11.10, apa yang anda perlu lakukan ialah:
1. Pasang CompizConfig Settings Manager (CCSM):
sudo apt-get install compizconfig-settings-manager
Atau pasangkannya melalui Ubuntu Software Center (USC).
2. Dalam CCSM, pergi kepada Ubuntu Unity Plugin > Experimental > Launcher icon size > Tukarkan mengikut saiz yang anda mahu
ATAU
Pasangkan tool yang dipanggil sebagai MyUnity:
sudo add-apt-repository ppa:myunity/ppa
sudo apt-get update && sudo apt-get install myunity
Saiz '39' tampak bagus pada desktop Mr.Hac:
Cara yang ketiga, cara yang paling mudah sekali ialah dengan menggunakan Ubuntu Tweak!
Muat Turun: Ubuntu Tweak
Buka Ubuntu Tweak > Tweaks > Unity Settings > Launcher > Icon Size > Ubah ikut saiz yang anda suka
Amacam? Cukup sudah dengan panduan ini. Harap anda akan mula menggunakan Unity dan melekat terus kepadanya kerana ia cukup mudah dan seronok untuk digunakan!
No comments:
Post a Comment