Windows Optimizer sifatnya mengoptimumkan sistem Windows anda ke tahap yang terbaik. Secara praktikalnya ia melakukan kerja-kerja pembersihan. Agar tatakerja harian komputer anda berjalan dengan lebih lancar dan selesa. Bilik tidur pun kita nakkan yang kemas dan harum...agar mimpi malam tidak dijenguk oleh puaka. Samalah...jangan biarkan komputer anda diselubungi puaka...ha3..! Terdapat beberapa perisian Windows Optimzer percuma yang tak kalah dek versi berbayar. Apakah gerangan perisian itu? Mari kita rungkai antara yang terbaik untuk tahun 2011...zasshhh...
1. CCleaner :
Tanpa propaganda mengada-ngada sememangnya ini adalah tool percuma paling popular berabad dan terbaik untuk Windows sejak zaman Windows XP lagi. Senantiasa di kemaskini. Setelah memasuki alaf Windows 7 ianya telah diserasikan dan di tambah baik tetapi masih lagi boleh digunakan secara percuma. Hebat kan! Agak-agaknya kalau dijual ni...memang dah berketul-ketul Merz melepak depan rumah.
Ciri-ciri utama:
. Pembersih registry yang berkuasa.
. Pembersih cakera keras.
. Pembersih data sampah, cookies dan jejak pelayar.
. Nyah pasang program pilihan.
. Sunting startup program.
. System Restore *Menurut saya inilah fungsi paling penting dan patut ada dalam mana-mana sistem tweaker.
. Menghantar beberapa tetapan asal ke .txt file dan menyimpan semua tetapan ke INI file.
2. Macecraft PowerTools Lite :
Satu lagi tool yang terkenal menggunakan enjin yang sama seperti jv16. Jadi tanpa ragu dan bimbang kerja-kerja pembersihan ke atas Windows anda lebih selamat dan terjamin. Antaramuka yang amat ringkas dan sesuai untuk pengguna yang gemarkan system auto.
Ciri-ciri utama:
. Secara automatik membersih registry Windows.
. Secara automatik menetapkan semula pelbagai jenis kesilapan dalam registry.
. Mengesan dan membuang data sejarah yang tidak diperlukan seperti MRU dan lain-lain. *Tetapan untuk ini harus dilakukan dengan cermat, takut terpadam tanpa sedar data yang penting.
. Memadam sementara data sampah.
3. Rizone’s Power Tools :
Agak malang ini adalah diantara tool percuma yang hampir sempurna tapi tiada kemaskini semenjak 2009 lagi. Agaknya si pembangunnya sudah meniggal kot..? Hmm...2009, masih relevan lagi ke? Antaramuka yang agak berserabut pastinya rumit untuk pemula. Aplikasi ini tidak perlukan pemasangan kerana ia versi mudah alih dan boleh dilancarkan dari usb.
Ciri-ciri utama:
. Membersih dan mengoptimumkan registry.
. Melancarkan tools Windows yang tersembunyi.
. Backup fail penting.
. Tetapan untuk tweak sistem Windows.
. Defragment.
4. TweakNow PowerPack :
Wow! Satu lagi aplikasi yang bermutu tinggi boleh dimiliki total percuma. Juga mempunyai banyak fungsi yang amat sempurna lagak aplikasi yang berbayar. Bagi pemula anda harus banyak belajar sebelum melakukan tetapan dengan aplikasi seperti ini. Mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa semestinya tidak khuatir dengan prestasinya.
Ciri-ciri utama:
. Pembersihan cakera, registry, jejak pelayar dan sebagainya.
. Pengurus startup.
. System Restore / Backup.
. Menyediakan lebih 100 tetapan sistem Windows yang tersembunyi.
* Banyak fungsi lain lagi woo…sememangnya hampir-hampir sempurna woo...
5. RegSeeker :
Percuma hanya untuk kegunaan peribadi sahaja. Untuk pejabat dan syarikat anda harus mendapatkan lesen dari pembangunnya. Satu lagi tool yang malang kerana tiada kemaskini semenjak 2007 lagi. Ragu...relevan ke untuk Windows 7? Haissh...dia orang ni nak taknak je buat kerja, mentang-mentanglah versi pecuma! Kalau berbayar, laju je kemaskininya macam si Makcik TuneUP tu...
Ciri-ciri utama:
. Membersihkan registry.
. Tweaks.
. Pengurus startup.
. Printing Option
* Berbagai lagi fungsi seperti CCleaner cuma terdapat beberapa kelebihan lagi.
6. IObit Toolbox :
Perisian versi mudah alih percuma yang mengandungi lebih 20 fungsi di dalamnya. IObit memang di ketahui satu jenama yang amat terkenal dalam sistem mengoptimumkan Windows. Tanpa sipu dan ragu kita akui ia sememangnya sebuah syarikat yang sentiasa bekerja bagi memastikan kemaskini dan penambahbaikan produknya.
Ciri-ciri utama:
. Membersihkan cakera keras, registry, jejak dan data sampah.
. Defragment.
. Pengurus startup.
7. Comodo System Cleaner :
Comodo satu jenama yang sememangnya sudah gah dalam dunia IT. Sebuah syarikat pengeluar Comodo Antivirus yang popular, pelayar Comodo Dragon dan memiliki system security DNS nya sendiri. Bagaimana pula dengan prestasinya sebagai pengeluar perisian Pengoptimum Windows? Anda harus mengujinya sendiri...
Ciri-ciri utama:
. Sistem Backup sebelum melakukan pembersihan.
. Membersihkan registry, cakera keras, data sampah dan jejak.
. Membersihkan data yang diragui (spyware / virus) *Fungsi yang agak unik dan boleh di anggap sebagai campur tangan kerja Antivirus. Biasanya terdapat dalam versi berbayar. Tapi harus dingat ia bukan sebagai ganti fungsi Antivirus standard.
. Membersihkan fail pendua / klon.
. Sokongan dan bantuan dari pengilang.
8. PC House Keeper :
Menariknya perisian ini ialah fungsi Network Tools nya. Jarang sekali perisian percuma yang menawarkan system optimum untuk internet. Termasuk sekali fungsi Mac Changer yang saya anggap fungsi paling penting dalam dunia maya yang jarang diendahkan oleh kebanyakkan pengguna. Tapi sayang sekali fungsi Internet Options hanya untuk Internet Explorer sahaja. Nampak sangat sedikit terkebelakang. Nenek saya je yang guna pelayar tu...tapi dia pun sudah lama sangat tidak menjenguk dunia...hu3...
Ciri-ciri utama:
. Membersihkan cache, registry, cookie, sejarah dan data sampah.
. Proses Explorer.
. Pengimbas Pelabuhan IP.
. Penata sambungan TCP.
. Penukar alamat MAC.
. Pengimbas alamat MAC.
. File Sredder *Fungsi sangat berguna menurut saya yang jarang didapati dalam versi percuma.
9. JetClean :
Satu jenama baru yang menarik perhatian dan cepat melonjak popularitinya. Sebuah apikasi ringan yang direka untuk melakukan kerja pembersihan, mengoptimumkan sistem sambil melindungi data peribadi anda. Walaupun kerja pembersihan berlaku, ia tetap melindungi privasi anda di dalam aplikasi seperti Windows Media Player, eMule, Google Toolbar, Microsoft Office, Adobe Acrobat, WinRAR, WinZip dan sebagainya. Cara guna yang amat mudah, hanya dengan 1 klik sahaja segala kerja pembersihan bisa di atur Pak! Tetapi anda harus berhati-hati dan benar-benar pasti dalam melakukan tetapan sebelum menggunakan fungsi 1 klik ini.
10. SlimCleaner :
Antaramuka yang kemas, menawan dan moden. Berasaskan cloud technology untuk menganalisis konfigurasi perisian komputer lalu membuat syor berdasarkan kolektif daripada professional IT, juruteknik dan pengguna komputer seluruh dunia, sebelum anda lakukan tindakan lanjut. Walaupun cloud technology kurang digemari oleh kebanyakkan pengguna IT di seluruh dunia, bimbangkan privasi dan perlu sentiasa berada dalam talian. Tetapi ini merupakan pendekatan berbeza dari perisian ini. Mesra pengguna - kononnya...ya ke Bos?
Terdapat beberapa lagi jenama perisian Windows Optimizer yang terbaik dan cekap dalam tugasan. Seperti Auslogic, iolo, Kingsoft dan Toolwiz. Tetapi kerana keterbatasan tatakerja dan tidak disertakan bersama pakej yang lengkap maka ia tidak termasuk dalam Top10 di atas. Ada juga sebahagian perisian percuma yang berotak kambing biri-biri, hanya membersih sebahagian sampah sahaja manakala sebahagian lagi anda diminta membeli versi berbayar. Mak datuk oiii….! Habis sampah yang tertinggal tu siapa pula yang nak sapu? Nak harapkan Bapak DBKL ke...adeshh!
Sekian.
No comments:
Post a Comment