Saturday, January 28, 2012

Hack Akaun Administrator Daripada Akaun Guest


 

Pada entry hari ni, saya akan ceritakan kaedah mudah untuk menggodam akaun administrator hanya dari akaun guest..
Sebelum ni saya pernah menulis kaedah hacking akaun administrator
di sini ---> Tips Hacking Untuk Permulaan
 

Kali ni saya nak berkongsi satu lagi cara mudah untuk kita godam akaun administrator ni supaya kita mendapat kesemua hak-hak istimewa yang hanya boleh digunakan oleh akaun administrator..

Konsep Kaedah Godam:

Tekan kekunci shift 5 kali dan komputer akan menunjukkan kekotak dialog sticky key.Ia berfungsi biarpun pada skrin logon. Tetapi jika kita mengganti sethc.exe yang bertanggungjawab untuk Kotak dialog sticky key, dengan cmd.exe, dan kemudian kita 'keluarkan' sethc.exe dengan menekan butang shift 5 kali pada paparan logon, kita akan mendapatkan command prompt dengan hak istimewa administrator kerana tiada pengguna yang telah log masuk. Dari sini kita boleh godam kata laluan administrator, bahkan dari sebuah akaun Guest.

Berikut adalah kaedah untuk melakukannya:

Anda harus berada dalam akaun tetamu (Guest) dengan write access ke system32.

* Pergi ke C: / windows/system32
* Cari Cmd.exe, salin dan tampal (copy and paste) pada desktop.
* Cmd.exe rename menjadi sethc.exe
* Salin (copy) sethc.exe kepada folder sistem 32 tadi, dan ketika ketika tetingkap meminta untuk overwrite file tersebut, klik 'Yes'.




Kemudian log out dari akaun Guest, dan ketika tetingkap untuk memilih akaun pengguna (user account) ditampilkan, tekan kekunci Shift 5 kali..

Kekotak dialog sticky key, yang sepatutnya terbuka ketika kekunci shift ditekan sebanyak 5 kali, telah digantikan dengan Tetingkap Command Prompt dengan hak penuh akaun Administrator akan terbuka..



Setelah itu, taip 'net user administrator 12345' (tanpa pembuka dan penutup kata) dimana 12345 adalah kata laluan yang akan digunakan..sekiranya ada 'error', sila tukar 12345 kepada kata laluan yang lebih kompleks/sukar untuk diteka..habis taip, tekan enter..

Korang akan nampak "The Command completed successfully"..tutup tetingkap Command Prompt tadi dan login dengan akaun administrator beserta kata laluan yang baru tadi..Selesai!

Tips Ekstra:

Selanjutnya korang juga boleh mencipta lebih akaun pengguna dari Command Prompt dengan menaip 'net user namauser/add' dimana namauser ialah nama akaun pengguna baru yang ingin korang cipta..(nama tu boleh letak apa-apa aje)

Seterusnya korang sorokkan akaun tersebut dengan cara:

pergi ke registry editor dan cari key berikut:

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\SpecialAccounts\UserList
 
(untuk pergi ke registry editor, pergi ke butang start, run... dan taip regedit)

Buat satu DWORD value yang baru, dan rename ia kepada nama akaun pengguna yang korang dah cipta tadi..valuenya tukarkan kepada 0..selesai! akaun tu dah disorok bersama dengan akaun administrator..
kalau nak tukarkan ia supaya tidak disorok (un-hide), hanya ubah valuenya kepada 1..

Tips Hacking Untuk Permulaan


 Bagaimana kaedah yang mudah untuk hack komputer yang korang tak tau passwordnya?


Hmm..aku post tips ni sebab dulu time aku mula-mula dapat pc aku ni (kat tempat kerja),

ICT admin dah wat satu akaun limited user..sedangkan aku perlukan akaun yang boleh di full access supaya senang aku nak install atau uninstall software..bikin panas je..

dah tu aku pun tekan la pakcik google dan kemudian ternampak la satu kaedah yang super mudah..senang aje caranya..

mula-mula korang restart aje la balik pc korang tu..
then masuk pada 'safe mode' (tekan F8 banyak kali..atau mungkin lain pc, lain buttonnya)..

dalam safe mode ni la aku tukarkan akaun aku daripada limited user kepada administrator..
 
caranya pegi dekat control panel -> user account -> user account -> klik kat nama korang (sebagai contoh nama aku putra ataupun mungkin admin set kepada 'user') kemudian klik kat properties dan tukarkan user groupnya..
mudah kan?


Satu lagi cara yang mudah nak reset password tetapi korang perlu memiliki akaun administrator terlebih dahulu. Cara-caranya ialah:
1. Pegi dekat Start
2. Klik Run
3. Taip 'cmd'
4. tekan enter
5. korang akan nampak satu popup kecil
6. taip 'net user'
7. ia akan paparkan semua senarai user yang ada pada pc tersebut
8. korang taip 'net user admin*' (sebagai contoh kalau korang nak reset password admin la..heheh)
9. then ia akan keluar satu macam list..korang taip aje ape-ape password yang korang suka, lepas tu restart dan cuba login dengan username admin beserta dengan password tadi..
sebagai contoh taip 'net user admin*', tekan enter,
kemudian masukkan password abc (contoh) taip macam ni ----> net user admin abc..
restart dan login guna password abc tadi..
kalau dah boleh, maknanya korang dah boleh tukarkan akaun korang yang limited @ restricted user tadi kepada administrator la..senang?mesti la!

P/S: Kalau tak jadi, korang try masukkan password yang lain..contohnya, taip 'net user admin pass@word1234' dan tekan enter..pasti boleh! sebab berkemungkinan sistem akan minta password yang lebih kompleks atau rumit..selamat mencuba!

Silent Hackers : Forum Hackers Malaysia Yang Terbaik!




Saya galakkan korang mendaftarkan diri di forum ni kalau nak belajar kaedah hacking yang lebih extreme sebab kalau korang belajar dari blog Hac ni, Hac ajarkan yang basic-basic je (merendah diri la pulak)..

Jadi..korang jangan buang masa la ye..jom kita sama-sama belajar hacking kat sana..benda menarik macam ni kena sebarkan!



Sila klik disini ---> Silent Hackers Community

Anti Office Blocking Software


Apa itu Circumventor?
Circumventor ialah sebuah halaman (page) yang berasaskan web (web-base) yang 'mengambil' sebuah laman web yang disekat dan 'membawanya' melalui sebuah laman yang tidak disekat untuk membolehkan pengguna melihat laman web tersebut..



Untuk mencuba halaman ini, korang boleh pergi ke sini ---> Peacefire



Korang hanya perlu memasukkan URL halaman yang telah disekat oleh Websense untuk memasukinya..
(Penerangan lebih lanjut mengenai Circumventor hanya akan dibuat pada entry yang lain)

Windows 7 USB/DVD Download Tool Error : Unable To Copy Files



We were unable to copy your files. Please check your USB device and the selected ISO file and try again.



Pernahkah anda menghadapi masalah ini? Baru hendak merakam fail ISO Windows 7 ke dalam USB pendrive, tiba-tiba perisian rasmi dari Microsoft ini memberikan anda 'kata-kata sayang'. Ternyata menyusahkan apabila anda sangat memerlukan bootable Windows 7 pendrive untuk format komputer kesayangan, error sebegini pula yang berlaku, meskipun berulang kali anda format pendrive anda itu.

Jangan bimbang. Bukan pendrive anda yang rosak, cuma anda perlu membersihkan pendrive anda supaya ia dapat dibaca oleh perisian Windows 7 USB/DVD Download Tool (WUDT).

Apa yang perlu anda lakukan ialah buka Command Prompt (cmd), dan masukkan baris perintah di bawah:


diskpart

list disk

select disk #

clean

create partition primary

select partition 1

active

format quick fs=fat32

assign

exit



Selesai masalah! Sekarang anda boleh cuba untuk merakamkan kembali fail ISO Windows 7 ke dalam pendrive anda itu.


SUMBER: 4sysops


[Tips] Masalah Network Connections Selepas Kemaskini




Salam...

Kepala pusing memutar soalan yang tak berjawapan. Mahu bertanya sudah terputus talian. Mahu mencari sudah terbungkam fikiran. Padahal cuma sekenit masalah, sudah celaru gempak musibahnya. Dengan skema cepat melontar masalah kepada tawkey sepet. Aiya! Itu ini - ini itu...Damn! Ratusan RM terburai...pemurahnya orang kita!

Kami ingin berkongsikan satu masalah yang jarang berlaku tetapi tidak mustahil boleh berlaku kepada mana-mana komputer di dunia ini. Pemacu (driver) seperti sedia maklum adalah perkakas yang terlalu sensitif. Tetapi kita harus juga mengemaskini pemacu untuk melaraskannya seiring tuntutan zaman.



Pernahkah anda mengalami masalah rangkaian internet tidak dapat di intergrasikan semula selepas melakukan kemaskini pada kad rangkaian (network card). Tiba-tiba terpampang tanda seruan berwarna kuning pada ikon internet di taskbar. Dan setelah diperiksa pada folder Network Connections nampak kosong dan tak masuk dek akal. Anda pasti terfikir kemana hilangnya kesemua Network Adapter dari folder tersebut. Jawapan klise yang terpancul- Virus?


Untuk makluman, tiada kaitan pun dengan pakcik dan makcik virus. Masalah ini terjadi adalah kerana komputer gagal mengkonfigurasikan semula Network Adapter yang telah di kemaskini. Ini terjadi mungkin kerana bugs dan cache yang keliru. Masalah ini takkan selesai walaupun anda cuba menutup modem dan restart komputer sehingga berabad kalipun. Disini ada satu penyelesaian paling mudah dan jimat masa. Tutorial saya jalankan adalah keatas Windows 7.


1  Ke > Start Menu atau RUN > taip regedit
2  Ke > HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\Network
3  Pada tetingkap sebelah kanan Network, anda akan melihat Config. Klik kanan pada Config kemudian Delete. Ingat hanya key Config sahaja yang perlu anda Delete.
4  Selepas selesai, tutup dan restart komputer anda. Lazimnya anda dapat mengembalikan konfigurasi internet anda kepada asal tanpa sebarang masalah lagi.

*Sekiranya terjadi sebarang masalah kepada network connections seumpama ini, anda juga boleh melakukan tindakan yang sama.
*Jangan risau dan takut untuk Delete key Config. Komputer anda secara automatik akan mencipta key Config yang baru nanti selepas komputer di hidupkan semula.


Selesai sudah satu perkara, semoga pembelajaran ini menjadi satu asas yang berguna untuk anda semua. Berfikir dan ingat...jangan tertipu lagi oleh gertakkan teknologi ciptaan akal yang sama sepeti kita.

Sekian.

[Tips] Windows 7 Genuine?



 Salam...

Mencari yang asli bukannya susah. Membayar yang asli itulah yang amat susah. Mencari yang palsu bukannya payah. Menentukan bukan palsu itulah yang amat payah. Pandang belakang jalan berlenggang rambutnya panjang. Pandang depan mekap terang dadanya kembang. Bila bersembang...Wow! Ketawa mengilai memanjang. Hoh! Jembalang Tokong dah nak datang...kui3...

Lazimnya sebagai pembeli komputer baru anda sepatutnya mendapatkan sistem operasi Windows yang asli seperti yang dijanjikan oleh peruncit atau pengilang. Adakah anda akan telan bulat segala kata manis penjual? Atau percaya bulat pada logo Genuine Microsoft Software seperti yang anda lihat di atas? Anda akan tersedak selagi yang bulat itu anda terus telan tanpa mengunyah dengan cermat setiap persoalan. Cuma sedikit masa sahaja yang diperlukan untuk anda mengenali samada Windows anda asli atau tiruan. Melalui 3 kaedah yang saya anggap terbaik di dunia dan boleh dipercayai.

Kaedah 1 :
1.  Buka Command Prompt yang terdapat dalam fail Accessories dari Start Menu. Dan jalankan Command Prompt dengan Run As Administrator.
2.  Masukkan kod : sfc /scannow



3.  Kemudian tekan Enter. Biarkan ia membuat imbasan (scan) sehingga lengkap 100%.
4.  Selesai pengimbasan anda akan medapat keputusan samada terdapat sebarang kesalahan dalam sistem operasi Windows anda.
'


5.  Sekiranya terdapat sebarang keraguan seperti CRACK, secara automatik ia akan membaiki (fix) sekaligus membuang (remove) CRACK dari sistem operasi.
6.  Kemudian tutup Command Prompt dan hidupkan semula komputer sebagai pelengkap proses.

Kaedah 2 :
1.  Boot dengan mana -mana dvd Windows 7, tak kisahlah dvd yang asli atau tiruan.
2.  Pilih Repair your computer
 


3.  Masuk ke System Recovery Options kemudian pilih Command Prompt.



4.  Masukkan kod : bootsect.exe /nt60 ALL


5.  Dalam masa kurang seminit anda akan mendapat keputusan Successfully updated NTFS filesystem bootcode. Ertinya kerja pengimbasan sudahpun selesai. Dan secara automaik sistem anda telah di kemaskini dan sebarang unsur LOADER telahpun di nyahpasang.
6.  Sila hidupkan semula komputer untuk lanjutan keputusannya.

Kaedah 3 :
1.  Pergi ke laman Microsoft untuk memuat turun kemaskini KB971033
2.  Pasang kemaskini tersebut dan hidupkan semula komputer setelah selesai.
3.  Dan secara automatiknya segala keraguan dalam sistem operasi Windows anda telahpun dibersihkan.
*Sayugia diingatkan walaupun kemaskini KB971033 sudahpun siap terpasang terlebih dahulu dalam Windows Update, crack / loader sebenarnya masih boleh dipasangkan kemudian. Jadi, jika inginkan penilaian yang mutakhir, anda perlu memasang semula kemaskini tersebut.

*Anda harus melalui satu persatu 3 kaedah di atas sekiranya inginkan jawapan yang paling maksima.
*Untuk melihat paparan logo Genuine Microsoft Software : Klik kanan My Computer > Properties > Windows activation.


Tutorial ini sekadar satu peringatan dan didikan supaya kita bijak dalam membuat penilaian. Adakah anda pengguna Windows asli? Kalau sudah tahu tangan tu berbau petrol, jangan sesekali berani bermain dengan api.

Sekian.


[Info] Top 10 Free Online War Games 2011

Salam...
Bungkam kepala berselirat dengan trafik IT yang tak lengang siang dan malam. Sesekali keluar dari kepompong, merangkak dari tempurung dan meloncat dari berkampung. Mengapa tidak? Letih dipermainkan oleh teknologi sesekali kita bermain pula dengan teknologi. Sekadar menyejukkan tension, merenggangkan serabut kepala sambil mendodoi idea buat seketika.

Jeng! Jeng! Jeng..! 10 teratas permainan perang percuma dalam talian untuk tahun 2011. Mencari yang percuma amatlah payah dan mencari yang tebaik + percuma lagilah payah. Yang comel lote percuma selalunya bersifat udang di sebalik batu. Rasanya belum terlewat untuk dikongsikan bersama 10 teratas yang sempat kami arkibkan untuk 2011. Sesekali layan...

1. Bulfleet - permainan pelbagai talian yang memberikan peluang untuk membangunkan empayar anda sendiri. Membangunkan planet anda, membina struktur baru dan penyelidikan teknologi baru. Mewujudkan pakatan berkuasa atau membawa kapal-kapal anda dalam peperangan planet yang hebat! Pemain hanya perlu pelayar Internet seperti Internet Explorer atau Firefox untuk mendapatkan beratus-ratus play experience yang menarik untuk bersaing dengan ribuan pemain dari seluruh dunia!




2. WarGames 2.0 - Peraturan negara di WarGames 2.0! Bina sebuah negara dan tentera berkuasa hebat dengan senjata yang hebat untuk melawan negara-negara lain bagi penaklukan jajahan.
*Dari dulu sampai sekarang pun Beta, tapi tiada masalah untuk dimainkan dengan cemerlang.
 


3. Lords - Satu strategi MMOG zaman pertengahan yang boleh dimainkan pada pelayar anda secara percuma. Melalui pelbagai dalam talian secara beramai-ramai, anda mampu untuk berinteraksi dengan pemain lain dalam pertandingan untuk kemasyhuran, kekayaan, kuasa dan kemuliaan.



4. War Online - WarOnline.Net adalah yang pertama mengasaskan permainan dalam pelayar menggunakan interaktif dan peta grafik. Melalui peta dengan sokongan Flash, anda dapat melihat tentera anda melakukan peperangan, pembentukan set, merentasi rupa bumi yang berbeza dan gaji semua tentera dari carta strategi permainan.



5. Ikariam - Cabaran pemain adalah untuk membangun negara dunia kuno. Untuk membina bandar-bandar, perdagangan dan menakluki pulau-pulau.
*Anda harus mengucap panjang-panjang sepanjang loadingnya.
 


6. Travian - Permainan pelayar dengan dunia yang penuh dengan beribu-ribu pengguna yang bermula sebagai pemimpin dari perkampungan kecil.
*Produk yang banyak buat semak dengan popup iklan pada pelayar. Cis!
 


7. Simcountry - Anda adalah presiden, Komander, ketua dan pemimpin industri. Anda terpaksa membuat keputusan yang sukar memotong atau menaikkan cukai, bagaimana untuk memperuntukkan belanjawan persekutuan, apa jenis infrastruktur yang anda mahu, dan lain-lain. Anda juga perlu memutuskan bila untuk pergi berperang dan bagaimana untuk mempertahankan negara anda daripada serangan. Ia adalah sangat terperinci dan realistik. Jika anda boleh mengalahkan presiden yang lain, anda boleh memenangi anugerah wang tunai.
*Game familiar turun temurun yang popular di mana-mana platform. 
 


8. TEQ - Dalam TEQ3 anda perlu bersaing dengan beribu-ribu peserta dari seluruh dunia. Anda perlu menyusun plot negara anda dengan strategi dan pelan serangan untuk menakluki jajahan dengan sumber-sumber yang ada. Anda boleh memainkan semuanya sendiri dan menakluki mahkota, atau menyertai satu pasukan untuk belajar dan menjadi pasukan yang paling kuat di blok.



9. Renaissance Kingdom - Strategi politik. Anda akan memulakan permainan sebagai pengembara yang merendah diri melalui ketekunan dan kemahiran, anda akhirnya dapat bergerak ke atas dalam hierarki dan mengambil bahagian penting dalam kehidupan politik kerajaan.



10. Mario kot...?

*Permainan berdasarkan boleh main pada pelayar biasa, peralatan komputer biasa, kelajuan internet biasa dan sesuai untuk orang biasa.
*Permainan dalam talian lazimnya memerlukan anda mendaftar sebagai ahli. Anda TIDAK digalakkan menggunakan email utama untuk mengelakkan lambakan spam / sampah dalam email anda nanti.

*Nasihat : Bermain sekadar penyendal waktu berlibur, jangan sesekali abaikan panggilan mak ayah dan jangan sesekali abaikan waktu solat! Jadilah pemain yang bijaksana di dunia dan akhirat :)

Sekian.


[Info] Top 5 Wallpapers Site



 
Salam...
 
Indah itu fitrah. Bosannya melepuk dalam kotak statik total. Sesekali mengingkari mitos, mendongak langit menoleh bumi. Tidak salah menukar wajah dalam rupa yang masih sama. Mengimaginasi kreativiti membentuk peribadi. Hidup mesti tersendiri menjadi pengenal identiti di tengah khalayak. Letih mencuba dan mencari belum tercapai idaman hati. Ayuh! Kami kongsikan sedikit cenderahati.

Top 5 laman wallpaper terbaik dunia berdasarkan pencalonan pembaca dalam kategori tersendiri. Di sini segalanya ada. Anda boleh bawa pulang yang mana satu untuk mengubah muka bosan komputer anda. Tetapi harus di ingat, untuk mendapatkan kualiti yang terbaik anda harus tahu resolusi skrin yang serasi dengan desktop komputer anda. Klik kanan pada Desktop > Screen resolution > Resolution : lihat nilai "recommended". Itulah angka serasi untuk anda. Dan angka itu jugalah yang akan anda gunakan untuk memilih saiz wallpaper untuk desktop komputer anda.

Wallbase
Laman yang kian mendapat perhatian dan semakin popular. Mempunyai pangkalan data imej yang besar. Membolehkan anda mencari dengan kata kunci; warna, tag popular serta penapis tetapi hanya untuk imej resolusi tinggi. Agak leceh! Anda perlu mendaftar akaun untuk mendapatkan banyak kelebihan seperti mendapatkan nisbah (ratio) pilihan sendiri, melanggan dan menyimpan senarai wallpaper kegemaran.
*Rasanya di sini amat sesuai untuk pengguna komputer meja yang mempunyai resolusi skrin yang besar.

Digital Blasphemy
Anda berminat dengan karya yang unik? Di sinilah tempatnya untuk anda memuat turun 3D, seni aneh, fantasi, dunia asing, tamadun misteri termasuk sumber alam yang iconic. Terdapat pelbagai seni CG yang tersedia meskipun sudah agak ketinggalan. Kebanyakannya boleh di dapati secara percuma tetapi jika mendaftar sebagai ahli bermula dengan yuran $20 setahun anda akan mendapat akses untuk mendapatkan wallpaper terbaru siap di hantar terus kepada anda.
*Hmmm...berbayar lagi! Berbaloi ke? Agak berbaloi untuk untuk pengguna swasta yang berkait kerja dalam bidang kreatif.

DevianArt
Satu lagi laman popular mengumpulkan para penggiat kreativiti mempunyai latar belakang yang berbeza dari seluruh dunia. Tidak terlalu mengongkong pengkaryanya dengan syarat yang ketat. Hasilnya ia menjadi sebuah laman yang produktif dan anda boleh dapatkan berbagai wallpaper yang unik termasuklah produk lain yang menarik. Sekiranya anda seorang yang berkreativiti hebat, di sinlah tempatnya untuk anda meluahkan ilham, bakat dan kerjatangan peribadi.
*Menariknya di sini, anda bebas berkarya dan mempamerkan kreativiti dengan idea yang pelik kepada dunia tidak kira walaupun anda cuma seorang amatur.

InterfaceLift
Mempunyai reputasi hebat sebagai destinasi wallpaper yang boleh di padankan dengan mana-mana resolusi, apa-apa ratio dan tetapan pelbagai monitor (multi-monitor setups). Pangkalan data yang kaya dengan gambar besar, maklumat foto untuk setiap wallpaper serta pemandangan semulajadi yang menarik. Dengan tetapan yang boleh ubah memudahkan anda menapis dan melihat semua wallpaper. Juga terdapat pilihan untuk pengguna iPhone dan iPad.
*Tapak yang amat mudah membuat pilihan wallpaper untuk skrin paling kecil sehinggalah kepada yang paling besar.

SimpleDesktops
Sepadan dengan namanya, laman ini membekalkan wallpaper yang tampak ringkas tetapi padat dengan seni. Laman yang mengkhususkan wallpaper dalam warna tunggal dengan grafik dan corak yang mudah meliputi alam semulajadi, grafik mewah, imej pegun filem dan fantasi 3D. Mempunyai pangkalan data agak kecil menyebabkan keterbatasan anda dalam membuat pilihan.
*Layaknya hanya untuk yang pandai menilai seni sahaja. Kalau di tatap dengan akal biasa memang agak membosankan.

Cukup ke dengan Top 5 di atas? Pun anda boleh merujuk dan mencari imej di 4Walled dan Google Images. Di situpun terdapat banyak pilihan walaupun sebahagiannya bukan dalam standard yang khas. Dengan berbagai aneka pilihan seperti ini, lagaknya bergaya sakanlah kita. Rambang mata celaru rasa di buatnya. Tapi... The Paper Wall pun ok apa?

[Tips] Microsoft .NET Framework : Huraian & Jawapan




Salam...
Menyelongkar lipatan silam, membongkar khazanah lampau. Kiranya tidak berguna lagi tapi masih ada jua yang berkedip mencari. Justeru kita tegakkan disini menjadi tugu rujuk pada soalan dan huraian. Biar ia menjadi telahan ilmu walau sedikit. Walau sedikit itulah kita kotakkan dalam arkib. Manalah tahu rungsing esok akan bersinggah di sini jua.

Apakah Microsoft .NET Framework?
Terpanggil rasa berkongsikan ilmu tua. Berkenalan dengan Microsoft .NET Framework salah satu perkakas paling penting dalam sistem operasi Windows sejak berzaman. Apakah itu Microsoft .NET Framework? Microsoft .NET Framework adalah satu alat sebagai penghubung atau pengembang antara Windows System dengan pelbagai jenis aplikasi yang bakal dilancarkan termasuklah XML Web Services. Ia juga mendokong lebih daripada 20 bahasa programing seperti VB.NET, C#, J#, C++, Pascal, Phyton (IronPhyton), PHP (PhLager).
Dalam bahasa mudah faham, .NET Framework adalah plugin yang MESTI ada dalam Windows System supaya setiap aplikasi yang ingin anda lancarkan dapat di baca seterusnya berjalan dengan sempurna.

Sejarah Microsoft .NET Framework
Dikembangkan lewat tahun 1990, dengan nama asal Next Geneation Windows Services (NGWS). Mula di kenali sebagai Microsoft .NET Framework pada akhir tahun 2000 dengan versi Beta .NET 1.0 dilancarkan. Microsoft .NET Framework terdapat dalam dua versi iaitu mudah alih dan pemasangan. Terdapat juga versi mini .NET Compact Framework untuk platform telefon pintar khususnya Wndows CE dan Windows Mobile. Manakala versi .NET Micro Framework pula lebih di khususkan untuk tatakerja yang berat.



*.NET 2.0, 3.0 dan 3.5 sebenarnya adalah versi yang sama setelah melalui kemaskini. Dan versi terkini adalah .NET 3.5.1 Service Pack 1

Apakah versi Microsoft .NET Framework dalam komputer anda?
Satu hal apabila kita tidak tahu versi Microsoft .NET Framework yang telah terpasang dalam komputer. Untuk merungkai persoalan ini, kita boleh mencuba beberapa kaedah lalai yang mudah seperti di bawah.
1. Windows Update
Start Menu > Windows Update > View update history
*Anda boleh melihat dengan jelas versi .NET Framework yang telahpun di kemaskini di senaraikan.


2. Registry Windows
Win+R > taip regedit > HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\.NET Framework\
*Di bawah folder .NETFramework, terdapat folder v1.0, v2.0.50727, v3.0, v4.0.30319 menunjukkan versi-versi yang telah terpasang dalam komputer. Jika terdapat sedemikian, itu tandanya komputer anda telahpun lengkap dengan .NET Framework.


3. Perisian
Cara paling terhormat anda boleh memuat turun ASoft .NET Version Detector XI. Perisian ini adalah dalam versi mudah alih dan anda boleh lancarkan dari USB. Lihat pada versi angka yang berwarna hijau, bererti itulah versi yang terdapat dalam komputer anda.
*Jangan terkeliru dengan versi NET 1.0 dan 1.1 yang berwarna merah. Untuk Windows 7 sememangnya tidak memerlukan versi tersebut.



Masalah : unable to find a version of the runtime to run application?
Lazimnya anda akan mendapat notis unable to find a version of the runtime to run application apabila terjadi sesuatu aplikasi yang gagal di lancarkan. Terdapat 2 penyebab, samada komputer anda belum di pasang dengan Microsof .NET Framework ataupun terdapat kerosakkan. Sekiranya belum dipasang, anda perlu memuat turun dan memasangnya. Tetapi sekiranya terdapat kerosakkan, maka anda perlu menyusuli langkah-langkah yang berikut.
1. Muat turun .NET Framework cleanup tool kemudian lacarkan dan REMOVE versi .NET Framework yang bermasalah. Selanjutnya anda muat turun pula .NET Framework baru yang sama versi dengan versi yang telah dibuang tadi lalu lakukanlah pemasangan semula.
*Sayugia diingatkan jika anda mempunyai masalah dengan versi 2.0, 3.0 dan 3.5, adalah amat di galakkan anda memuat turun versi terkini .NET Framework 3.5.1 SP1
2. Kemudian muat turun pula .NET SetupVerifier untuk memastikan pemasangan baru yang telah anda lakukan dalam langkah 1 tadi telah dipasang dengan betul atau tidak.

PERINGATAN: Muat turun dan pemasangan .NET Framework yang baru harus dilakukan secara manual dan TIDAK melalui Windows Update. Dengan cara manual anda akan mendapat paparan notis ralat sekiranya terjadi sebarang ketidaktentuan semasa proses pemasangan.

Akhir kalam, mudahan yang sedikit ini mampu menjadi ubat sapu pening yang boleh dimanfaatkan bersama. Selamat maju dan berjaya buat semua :)

Sekian.

Muat turun Microsof .NET Framewok Klik Di Sini
*Dokumentasi berdasarkan Windows 7 Professional SP1


[Info] Top 10 Laptop 2011




Salam...

Manusia tercipta besama akal dan hati. Akal berfikir hati merasa. Mencari kesempurnaan bertanyalah pada hati. Dalam kesempurnaan terdapat pilihan. Membuat pilihan bertanyalah pada akal. Dalam pilihan terdapat yang terbaik. Menentukan yang terbaik bertanyalah pada akal + hati = MINAT. Harus di ingat, TERBAIK hanyalah satu protokol pendapat sahaja. Definisi muktamad tetap pada akal dan hati sendiri.

Melorong ke tahun baru sambil mengimbau tahun yang sudah. Mari kita tinjau Top 10 komputer riba untuk tahun 2011. Dimanakah letak duduknya ‘kekasih’ anda dalam carta dunia. Ini hanyalah sekadar menu kepada penyedap maklumat . Lain pandang lainlah pandangan...

*Statistik di dibuat oleh beberapa laman web terkemuka dunia. Statistik adalah TIDAK TETAP dan sentiasa akan berubah dari semasa ke semasa.



TOP 10 KOMPUTER RIBA PILIHAN EDITOR
Melalui beberapa ujicuba dan pilihan editor [PCMag.com]
  1.  Asus Zenbook UX31-RSL8
  2.  HP Pavilion dv7-6163cl
  3.  Apple MacBook Pro 15-inch (Late 2011)
  4.  Asus U56E-BBL6
  5.  Acer Travelmate 8481T-6440
  6.  Lenovo IdeaPad V570-1066AJU
  7.  Lenovo ThinkPad X220 Tablet
  8.  Dell Inspiron 14z (Core i5)
  9.  Lenovo ThinkPad T420s
10.  Apple MacBook Air 13-inch (Thunderbolt)




TOP 10 KOMPUTER RIBA 2011 USA
Berdasarkan tindakbalas dan pendapat pembaca di laman web [Squidoo.com]
  1.  Apple MacBook Pro MD313LL/A 13.3-Inch Laptop (NEWEST VERSION)
  2.  Toshiba Satellite L755-S5349 15.6-Inch LED Laptop - Fusion Finish in Matrix Silver
  3.  Apple MacBook Air MC965LL/A 13.3-Inch Laptop (NEWEST VERSION)
  4.  Apple MacBook Pro MD318LL/A 15.4-Inch Laptop (NEWEST VERSION)
  5.  Acer AC700-1099 Chromebook (Wi-Fi)
  6.  Toshiba Portege R835-P81 13.3-Inch LED Laptop - Magnesium Alloy Casing in Blue
  7.  Apple MacBook Air MC966LL/A 13.3-Inch Laptop (NEWEST VERSION)
  8.  ASUS A53SV-EH71 15.6-Inch Versatile Entertainment Laptop (Black)
  9.  Apple MacBook Air MC968LL/A 11.6-Inch Laptop (NEWEST VERSION)
10.  Apple MacBook Pro MD314LL/A 13.3-Inch Laptop (NEWEST VERSION)




TOP 10 KOMPUTER RIBA 2011 ASIA
Statistik dari pembaca serta data yang dikumpul dari runcit termasuk Courts, Newstead Technologies dan P.A Mart. Susunan hanya mengikut abjad [CNET.com]
  1.  Acer Aspire 4752G (Core i3 2350M Processor 2.3GHz, 2GB RAM)
  2.  Acer Aspire 4755 (Core i5 2410M Processor 2.3GHz, 4GB RAM)
  3.  Apple MacBook Air 2011 (Core i7 1.7GHz, 4GB, 13.3-inch)
  4.  Apple MacBook Pro (Core i7 Processor 2.7GHz, 4GB RAM)
  5.  HP Pavilion dm1 (AMD Fusion E-450 Processor 1.65GHz, 4GB RAM)
  6.  HP Pavilion dv6 (Core i7 2630QM Processor 2.0GHz, 4GB RAM)
  7.  HP Pavilion g4 (Core i5 2410M Processor 2.3GHz, 4GB RAM)
  8.  Lenovo IdeaPad U300s (Core i5 2467M Processor 1.6GHz, 4GB RAM)
  9.  Toshiba Satellite L745 (Core i5 2410M Processor 2.3GHz, 8GB RAM)
10.  Samsung RC420E (Core i5 2410M Processor 2.3GHz, 4GB RAM)


TOP 10 JENAMA KOMPUTER RIBA 2011
Statistik melalui talian lebih dari 73 juta pendapat awam dari Twitter, Facebook dan Amplicate sendiri selama 3 bulan [Amplicate.com]
  1.  Apple
  2.  LG
  3.  Sony
  4.  Panasonic
  5.  Asus
  6.  HCL
  7.  Hewlett Packard
  8.  Packard Bell
  9.  Medion
10.  Fujitsu

Itu kata orang. Apakah kata anda pula? Yang borek itu kendi, yang molek itu budi, yang terbaik tanyalah pada hati. Melihat pada model komputer riba terkini bak cendawan tumbuh pagi, memang cemburu menangis sendu berlagu tanpa D Minor dibuatnya. Satu ayat sahaja – Cantik di mata, cantik di hati, cantik di hujung jari, itulah yang TERBAIK.

Sekian.


[Software] Top 10 Windows Optimizer Percuma 2011/12

Salam...
Windows Optimizer sifatnya mengoptimumkan sistem Windows anda ke tahap yang terbaik. Secara praktikalnya ia melakukan kerja-kerja pembersihan. Agar tatakerja harian komputer anda berjalan dengan lebih lancar dan selesa. Bilik tidur pun kita nakkan yang kemas dan harum...agar mimpi malam tidak dijenguk oleh puaka. Samalah...jangan biarkan komputer anda diselubungi puaka...ha3..! Terdapat beberapa perisian Windows Optimzer percuma yang tak kalah dek versi berbayar. Apakah gerangan perisian itu? Mari kita rungkai antara yang terbaik untuk tahun 2011...zasshhh...




1. CCleaner :
Tanpa propaganda mengada-ngada sememangnya ini adalah tool percuma paling popular berabad dan terbaik untuk Windows sejak zaman Windows XP lagi. Senantiasa di kemaskini. Setelah memasuki alaf Windows 7 ianya telah diserasikan dan di tambah baik tetapi masih lagi boleh digunakan secara percuma. Hebat kan! Agak-agaknya kalau dijual ni...memang dah berketul-ketul Merz melepak depan rumah.
Ciri-ciri utama:
. Pembersih registry yang berkuasa.
. Pembersih cakera keras.
. Pembersih data sampah, cookies dan jejak pelayar.
. Nyah pasang program pilihan.
. Sunting startup program.
. System Restore *Menurut saya inilah fungsi paling penting dan patut ada dalam mana-mana sistem tweaker.
. Menghantar beberapa tetapan asal ke .txt file dan menyimpan semua tetapan ke INI file.



2. Macecraft PowerTools Lite :
Satu lagi tool yang terkenal menggunakan enjin yang sama seperti jv16. Jadi tanpa ragu dan bimbang kerja-kerja pembersihan ke atas Windows anda lebih selamat dan terjamin. Antaramuka yang amat ringkas dan sesuai untuk pengguna yang gemarkan system auto.
Ciri-ciri utama:
. Secara automatik membersih registry Windows.
. Secara automatik menetapkan semula pelbagai jenis kesilapan dalam registry.
. Mengesan dan membuang data sejarah yang tidak diperlukan seperti MRU dan lain-lain. *Tetapan untuk ini harus dilakukan dengan cermat, takut terpadam tanpa sedar data yang penting.
. Memadam sementara data sampah.


3. Rizone’s Power Tools :
Agak malang ini adalah diantara tool percuma yang hampir sempurna tapi tiada kemaskini semenjak 2009 lagi. Agaknya si pembangunnya sudah meniggal kot..? Hmm...2009, masih relevan lagi ke? Antaramuka yang agak berserabut pastinya rumit untuk pemula. Aplikasi ini tidak perlukan pemasangan kerana ia versi mudah alih dan boleh dilancarkan dari usb.
Ciri-ciri utama:
. Membersih dan mengoptimumkan registry.
. Melancarkan tools Windows yang tersembunyi.
. Backup fail penting.
. Tetapan untuk tweak sistem Windows.
. Defragment.


4. TweakNow PowerPack :
Wow! Satu lagi aplikasi yang bermutu tinggi boleh dimiliki total percuma. Juga mempunyai banyak fungsi yang amat sempurna lagak aplikasi yang berbayar. Bagi pemula anda harus banyak belajar sebelum melakukan tetapan dengan aplikasi seperti ini. Mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa semestinya tidak khuatir dengan prestasinya.
Ciri-ciri utama:
. Pembersihan cakera, registry, jejak pelayar dan sebagainya.
. Pengurus startup.
. System Restore / Backup.
. Menyediakan lebih 100 tetapan sistem Windows yang tersembunyi.
* Banyak fungsi lain lagi woo…sememangnya hampir-hampir sempurna woo...



5. RegSeeker :
Percuma hanya untuk kegunaan peribadi sahaja. Untuk pejabat dan syarikat anda harus mendapatkan lesen dari pembangunnya. Satu lagi tool yang malang kerana tiada kemaskini semenjak 2007 lagi. Ragu...relevan ke untuk Windows 7? Haissh...dia orang ni nak taknak je buat kerja, mentang-mentanglah versi pecuma! Kalau berbayar, laju je kemaskininya macam si Makcik TuneUP tu...
Ciri-ciri utama:
. Membersihkan registry.
. Tweaks.
. Pengurus startup.
. Printing Option
* Berbagai lagi fungsi seperti CCleaner cuma terdapat beberapa kelebihan lagi.



6. IObit Toolbox :
Perisian versi mudah alih percuma yang mengandungi lebih 20 fungsi di dalamnya. IObit memang di ketahui satu jenama yang amat terkenal dalam sistem mengoptimumkan Windows. Tanpa sipu dan ragu kita akui ia sememangnya sebuah syarikat yang sentiasa bekerja bagi memastikan kemaskini dan penambahbaikan produknya.
Ciri-ciri utama:
. Membersihkan cakera keras, registry, jejak dan data sampah.
. Defragment.
. Pengurus startup.






7. Comodo System Cleaner :
Comodo satu jenama yang sememangnya sudah gah dalam dunia IT. Sebuah syarikat pengeluar Comodo Antivirus yang popular, pelayar Comodo Dragon dan memiliki system security DNS nya sendiri. Bagaimana pula dengan prestasinya sebagai pengeluar perisian Pengoptimum Windows? Anda harus mengujinya sendiri...
Ciri-ciri utama:
. Sistem Backup sebelum melakukan pembersihan.
. Membersihkan registry, cakera keras, data sampah dan jejak.
. Membersihkan data yang diragui (spyware / virus) *Fungsi yang agak unik dan boleh di anggap sebagai campur tangan kerja Antivirus. Biasanya terdapat dalam versi berbayar. Tapi harus dingat ia bukan sebagai ganti fungsi Antivirus standard.
. Membersihkan fail pendua / klon.
. Sokongan dan bantuan dari pengilang.



8. PC House Keeper :
Menariknya perisian ini ialah fungsi Network Tools nya. Jarang sekali perisian percuma yang menawarkan system optimum untuk internet. Termasuk sekali fungsi Mac Changer yang saya anggap fungsi paling penting dalam dunia maya yang jarang diendahkan oleh kebanyakkan pengguna. Tapi sayang sekali fungsi Internet Options hanya untuk Internet Explorer sahaja. Nampak sangat sedikit terkebelakang. Nenek saya je yang guna pelayar tu...tapi dia pun sudah lama sangat tidak menjenguk dunia...hu3...
Ciri-ciri utama:
. Membersihkan cache, registry, cookie, sejarah dan data sampah.
. Proses Explorer.
. Pengimbas Pelabuhan IP.
. Penata sambungan TCP.
. Penukar alamat MAC.
. Pengimbas alamat MAC.
. File Sredder *Fungsi sangat berguna menurut saya yang jarang didapati dalam versi percuma.


9. JetClean :
Satu jenama baru yang menarik perhatian dan cepat melonjak popularitinya. Sebuah apikasi ringan yang direka untuk melakukan kerja pembersihan, mengoptimumkan sistem sambil melindungi data peribadi anda. Walaupun kerja pembersihan berlaku, ia tetap melindungi privasi anda di dalam aplikasi seperti Windows Media Player, eMule, Google Toolbar, Microsoft Office, Adobe Acrobat, WinRAR, WinZip dan sebagainya. Cara guna yang amat mudah, hanya dengan 1 klik sahaja segala kerja pembersihan bisa di atur Pak! Tetapi anda harus berhati-hati dan benar-benar pasti dalam melakukan tetapan sebelum menggunakan fungsi 1 klik ini.


10. SlimCleaner :
Antaramuka yang kemas, menawan dan moden. Berasaskan cloud technology untuk menganalisis konfigurasi perisian komputer lalu membuat syor berdasarkan kolektif daripada professional IT, juruteknik dan pengguna komputer seluruh dunia, sebelum anda lakukan tindakan lanjut. Walaupun cloud technology kurang digemari oleh kebanyakkan pengguna IT di seluruh dunia, bimbangkan privasi dan perlu sentiasa berada dalam talian. Tetapi ini merupakan pendekatan berbeza dari perisian ini. Mesra pengguna - kononnya...ya ke Bos?

Terdapat beberapa lagi jenama perisian Windows Optimizer yang terbaik dan cekap dalam tugasan. Seperti Auslogic, iolo, Kingsoft dan Toolwiz. Tetapi kerana keterbatasan tatakerja dan tidak disertakan bersama pakej yang lengkap maka ia tidak termasuk dalam Top10 di atas. Ada juga sebahagian perisian percuma yang berotak kambing biri-biri, hanya membersih sebahagian sampah sahaja manakala sebahagian lagi anda diminta membeli versi berbayar. Mak datuk oiii….! Habis sampah yang tertinggal tu siapa pula yang nak sapu? Nak harapkan Bapak DBKL ke...adeshh!

Sekian.


[Antivirus] Terbaik 2011 & 2012

Salam...

Alam IT 2011 baru saja berlalu. Terlalu banyak rojak kontroversi, spekulasi serta misi mewarnai dan mencalari tahun 2011. Berlaku juga cerita dukacita di mana dunia telah kehilangan makhluk genius abad ini pada 6 Oktober 2011 iaitu Steve Jobs bekas CEO dan pengasas bersama Apple Inc. Seperti dunia hiburan, dunia IT juga tidak tuli di gendang dengan gosip panas, sejuk dan suam-suam kuku.

Ura-ura terdekat, Windows 8 versi Beta akan dilepaskan penghujung Januari ini. Juga gosip perkasam basi masih lagi berbisik iaitu Microsoft Security Essential jenama Antivirus ciptaan Microsoft Corporation tidak lagi dilepaskan secara percuma menjelang pertengahan tahun ini. Ye ke sayang..? Namapun M$...

Setiap kali tibanya tahun baru maka banyaklah kajian dan jangkauan tentang prestasi perisian pada tahun yang sudah. Selepas Ayu Raudhah di undi sebagai artis tercantik, apakah antivirus yang tercantik untuk tahun 2011 pula? Mari kita teropong kedudukan Antivirus dan Internet Security 2011 dan jangkaan untuk tahun 2012 mendatang ini. Dan lihatlah di manakah kedudukan Antivirus anda?

Top 10 Antivirus Berbayar Terbaik 2011:
1.  Symantec Norton AntiVirus 2011
2.  BitDefender Antivirus Pro 2011
3.  G-Data AntiVirus 2011
4.  Kaspersky Lab Anti-Virus 2011
5.  Trend Micro Titanium Antivirus Plus 2011
6.  Avast Pro Antivirus 5
7.  Panda Antivirus Pro 2011
8.  Avira Antivir Premium 10
9.  Eset Nod32 Antivirus 4
10. GFI Vipre Antivirus 4

Top 10 Antivirus Percuma Terbaik 2011:
1.  Avast! Home Edition
2.  Comodo Anti-Virus Software Plus Firewall 2011 Version
3.  AVG Antivir 2011 Free Edition
4.  Bitdefender 2011 Free Edition
5.  AVIRA Antivir Home Edition 2011
6.  PC Tools Anti-virus 2011
7.  Rising Anti-virus Free Edition 2011
8.  DriveSentry Antivirus with Antispyware
9.  Blink Personal Antivirus and Security Suite 2011 Version
10. ClamWin Free Edition 2011

Top 10 Internet Security Suites Terbaik 2011:
1.  Symantec Norton Internet Security 2011
2.  Kaspersky Lab Internet Security 2011
3.  BitDefender Internet Security 2011
4.  PC Tools Internet Security 2011
5.  G-Data Internet Security 2011
6.  F-Secure Internet Security 2011
7.  Trend Micro Titanium Internet Security
8.  Panda Internet Security 2011
9.  Eset Smart Security 4.2
10. Avira Premium Internet Security Suite 10

Antivirus Terbaik 2012 berdasarkan ujian makmal:


Internet Security Suites Terbaik 2012 berdasarkan pilihan editor:

Ujian Pembuangan Malware Oleh Antivirus 2012:

Ujian Penyekatan Malware Oleh Antivirus 2012:

Agak membungkam jiwa lara kerana tiada satupun Antivirus di atas tersenarai dalam kegunaan pr67am™...hu3... Pilihan bijak tetap di tangan anda sendiri. Selagi Antivirus yang sedang anda gunakan sekarang tidak mendatangkan kemungkaran munafik dan masih lagi boleh bekerjasama...mengapa tidak anda katakan TIDAK kepada yang lain. Tepuk dada tanya rasa...Cantik? Ayu Raudhah... ;-)

Sekian.