Friday, February 3, 2012

Ciri Windows 8 vs Ciri Ubuntu




Salam semua.


Mari kita telusuri beberapa ciri BARU Windows 8 yang dikatakan akan dirilis dalam masa terdekat ini, sambil itu dibandingkan pula dengan ciri Ubuntu. Mampukah Ubuntu menyaingi Windows 8?

Ciri-Ciri Windows 8:

1. Live USB : Ciri ini dikatakan sebagai pembaharuan kepada OS Windows di mana ia boleh dirakamkan (Burn) pada peranti USB dan kemudian tetapan padanya juga boleh dibawa ke mana-mana. Jika dilihat dari sisi Ubuntu, ia memang sebuah Live System dan sentiasa boleh dirakamkan pada peranti USB dari mula lagi.

2. Windows Store: Dikatakan menyamai Apple's App Store, anda boleh membeli dan memuat turun aplikasi dari Microsoft dan juga pembangun aplikasi. Ubuntu sudah lama memiliki Ubuntu Software Center yang mempunyai ribuan aplikasi serta perisian percuma yang boleh anda pasangkan terus pada komputer, tak lupa juga anda boleh membeli aplikasi, perisian, malah e-buku juga ada untuk dibeli dan dimuat turun!

3. Windows Metro UI: Dicipta sebagai menu yang sederhana dan tersusun dengan baik, memberikan sebuah OS untuk semua peranti. Ubuntu pula telah lama mencipta UI untuk semua peranti, dengan terbaru keluarnya Unity 5.0, Ubuntu semakin kukuh. Cuma penerimaan rakyat Malaysia masih lagi kurang kerana tiada pendedahan dari media.

4. Sekuriti: Windows Defender telah dinaik taraf, di mana antaramukanya telah digantikan dengan antaramuka menyerupai Microsoft Security Essentials, dan ini bererti anda tidak lagi memerlukan antivirus tambahan yang mahal dan menyesakkan memori. Ubuntu? Ahhh.. ia tidak perluka antivirus yaw..

5. Internet Explorer 10: Mr.Hac telah pun menggunakan Windows 8 Developer Preview dan telah merasa menggunakan Internet Explorer 10. Memang ia lebih 'smooth', cantik seperti IE 9, dan ringan pula. Ia dicipta untuk pelayaran internet yang lebih baik. Komen Mr.Hac? Firefox sudah pun memasuki versi 10 dan akan berterusan dinaik taraf. Ubuntu pula boleh menggunakan PPA untuk menjalankan Firefox yang paling baharu setiap hari.

6. Boot Lebih Laju: Sistem fail Protogon telah ditambah pada ciri Windows 8 untuk menjadikannya lebih laju semasa proses boot dan menambahkan produktiviti anda. Ubuntu? Perlukah Mr.Hac komen lagi? Dari versi ia pertama dikeluarkan, proses boot tidak pernah pun perlahan. Laju dan terus laju. 10 saat memadai untuk anda menunggu komputer dapat digunakan sepenuhnya.

7. Apps Always On: Ciri ini membantu aplikasi untuk dilancarkan lebih cepat tanpa menggunakan sumber yang lebih dari komputer anda. Dalam Ubuntu, tiada istilah perlahan. Semuanya cepat dan kurang penggunaan RAM.

8. Penggunaan RAM Yang Minima: Windows 8 boleh dijalankan dengan kurang dari 300MB RAM. Ubuntu pula masih mengekalkan minima spesifikasi komputer iaitu 256MB RAM untuk menggunakannya.

9. Platform Tunggal: Windows 8 boleh digunakan untuk kesemua peranti seperti desktop, laptop, netbook, tablet, telefon pintar. Ubuntu pula telah lama mempraktikkannya dan cuma menunggu masa untuk diterima pakai pada pelbagai peranti.

Kesimpulan:

Windows 8 sebenarnya bukanlah bercirikan teknologi baharu, sebaliknya cuma mengikut jejak langkah Ubuntu dalam implementasi teknologi. Ini bermakna Windows 8 cuma mempraktikkan kembali teknologi yang telah lama dipelopori oleh Linux (Ubuntu). Pun begitu, mungkin langkah Microsoft ini boleh dipuji kerana tidak mahu lagi duduk ditakuk lama sedangkan sudah bertahun lamanya Ubuntu menguasai teknologi sistem operasi. Cuma, isu Secure Boot itu sedikit mengganggu pengguna Linux seperti Mr.Hac dan lain-lain pengguna Linux yang tegar. Harap ia tidak menjadi kenyataan atau mungkin Microsoft akan dihentam dengan teruk seperti yang terjadi pada rang undang-undang SOPA!

Saturday, January 28, 2012

Hack Akaun Administrator Daripada Akaun Guest


 

Pada entry hari ni, saya akan ceritakan kaedah mudah untuk menggodam akaun administrator hanya dari akaun guest..
Sebelum ni saya pernah menulis kaedah hacking akaun administrator
di sini ---> Tips Hacking Untuk Permulaan
 

Kali ni saya nak berkongsi satu lagi cara mudah untuk kita godam akaun administrator ni supaya kita mendapat kesemua hak-hak istimewa yang hanya boleh digunakan oleh akaun administrator..

Konsep Kaedah Godam:

Tekan kekunci shift 5 kali dan komputer akan menunjukkan kekotak dialog sticky key.Ia berfungsi biarpun pada skrin logon. Tetapi jika kita mengganti sethc.exe yang bertanggungjawab untuk Kotak dialog sticky key, dengan cmd.exe, dan kemudian kita 'keluarkan' sethc.exe dengan menekan butang shift 5 kali pada paparan logon, kita akan mendapatkan command prompt dengan hak istimewa administrator kerana tiada pengguna yang telah log masuk. Dari sini kita boleh godam kata laluan administrator, bahkan dari sebuah akaun Guest.

Berikut adalah kaedah untuk melakukannya:

Anda harus berada dalam akaun tetamu (Guest) dengan write access ke system32.

* Pergi ke C: / windows/system32
* Cari Cmd.exe, salin dan tampal (copy and paste) pada desktop.
* Cmd.exe rename menjadi sethc.exe
* Salin (copy) sethc.exe kepada folder sistem 32 tadi, dan ketika ketika tetingkap meminta untuk overwrite file tersebut, klik 'Yes'.




Kemudian log out dari akaun Guest, dan ketika tetingkap untuk memilih akaun pengguna (user account) ditampilkan, tekan kekunci Shift 5 kali..

Kekotak dialog sticky key, yang sepatutnya terbuka ketika kekunci shift ditekan sebanyak 5 kali, telah digantikan dengan Tetingkap Command Prompt dengan hak penuh akaun Administrator akan terbuka..



Setelah itu, taip 'net user administrator 12345' (tanpa pembuka dan penutup kata) dimana 12345 adalah kata laluan yang akan digunakan..sekiranya ada 'error', sila tukar 12345 kepada kata laluan yang lebih kompleks/sukar untuk diteka..habis taip, tekan enter..

Korang akan nampak "The Command completed successfully"..tutup tetingkap Command Prompt tadi dan login dengan akaun administrator beserta kata laluan yang baru tadi..Selesai!

Tips Ekstra:

Selanjutnya korang juga boleh mencipta lebih akaun pengguna dari Command Prompt dengan menaip 'net user namauser/add' dimana namauser ialah nama akaun pengguna baru yang ingin korang cipta..(nama tu boleh letak apa-apa aje)

Seterusnya korang sorokkan akaun tersebut dengan cara:

pergi ke registry editor dan cari key berikut:

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\SpecialAccounts\UserList
 
(untuk pergi ke registry editor, pergi ke butang start, run... dan taip regedit)

Buat satu DWORD value yang baru, dan rename ia kepada nama akaun pengguna yang korang dah cipta tadi..valuenya tukarkan kepada 0..selesai! akaun tu dah disorok bersama dengan akaun administrator..
kalau nak tukarkan ia supaya tidak disorok (un-hide), hanya ubah valuenya kepada 1..

Tips Hacking Untuk Permulaan


 Bagaimana kaedah yang mudah untuk hack komputer yang korang tak tau passwordnya?


Hmm..aku post tips ni sebab dulu time aku mula-mula dapat pc aku ni (kat tempat kerja),

ICT admin dah wat satu akaun limited user..sedangkan aku perlukan akaun yang boleh di full access supaya senang aku nak install atau uninstall software..bikin panas je..

dah tu aku pun tekan la pakcik google dan kemudian ternampak la satu kaedah yang super mudah..senang aje caranya..

mula-mula korang restart aje la balik pc korang tu..
then masuk pada 'safe mode' (tekan F8 banyak kali..atau mungkin lain pc, lain buttonnya)..

dalam safe mode ni la aku tukarkan akaun aku daripada limited user kepada administrator..
 
caranya pegi dekat control panel -> user account -> user account -> klik kat nama korang (sebagai contoh nama aku putra ataupun mungkin admin set kepada 'user') kemudian klik kat properties dan tukarkan user groupnya..
mudah kan?


Satu lagi cara yang mudah nak reset password tetapi korang perlu memiliki akaun administrator terlebih dahulu. Cara-caranya ialah:
1. Pegi dekat Start
2. Klik Run
3. Taip 'cmd'
4. tekan enter
5. korang akan nampak satu popup kecil
6. taip 'net user'
7. ia akan paparkan semua senarai user yang ada pada pc tersebut
8. korang taip 'net user admin*' (sebagai contoh kalau korang nak reset password admin la..heheh)
9. then ia akan keluar satu macam list..korang taip aje ape-ape password yang korang suka, lepas tu restart dan cuba login dengan username admin beserta dengan password tadi..
sebagai contoh taip 'net user admin*', tekan enter,
kemudian masukkan password abc (contoh) taip macam ni ----> net user admin abc..
restart dan login guna password abc tadi..
kalau dah boleh, maknanya korang dah boleh tukarkan akaun korang yang limited @ restricted user tadi kepada administrator la..senang?mesti la!

P/S: Kalau tak jadi, korang try masukkan password yang lain..contohnya, taip 'net user admin pass@word1234' dan tekan enter..pasti boleh! sebab berkemungkinan sistem akan minta password yang lebih kompleks atau rumit..selamat mencuba!