Saturday, January 28, 2012

Torrent : Suatu Kaedah Berkesan

Salam sekalian jelata…

Torrent kini telah di anggap satu kaedah tradisional untuk muat turun. Ramai yang sudah tidak lagi mengemari Torrent atas alasan kelajuannya yang lembab tak bersebab. Itu tidak di nafikan… Tambahan pula kini sudah banyak pemuaturun santai seperti IDM dan JDownloader.

Jadi kenapa perlu adanya Torrent? Sebabnya… ada sebahagian fail yang kita perlukan HANYA wujud di laman Torrent sahaja. Menorrent juga tak perlu risau tentang talian hayat kerana ia mudah di sambung balik bila terputus talian. Dan yang paling hebat tentang Torrent ialah..anda jarang sekali menemui link mati walau setelah bertahun di upload. Hmm... Kenapa tidak gunakan saja Torrific? Torrific hanyalah ‘orang tengah’ yang kadang-kala terlalu lambat bertindak-balas atau tidak berbalas langsung bila server terlalu sesak.

Nak cuba? Jom sama-sama kita cuba ubah Torrent anda sehingga mencapai tahap senyum... Tak susah mana pun! Paling PENTING anda tidak menggunakan ip sebenar sewaktu menorrent. Melalui ujicuba kita: Raptor, BFVPN, CyberGhost dan UltraVPN adalah antara 'rakan' cemerlang untuk Torrent. Dan untuk kaedah kali ini kita telah menggunakan perisisian µTorrent 2.2.1 (versi lama tapi lebih selesa ) dan UltraVPN (terlebih dahulu anda perlu add exlusions nya dalam antivirus). Untuk info lebih lanjut tentang UltraVPN sila ke: Link1 Link2 Link3 Link4

Setelah selesai memasang µTorrent 2.2.1 sila ke Options > Preferences > dan ikuti langkah demi langkah seperti paparan di bawah:




 Langkah 6: Klik kanan pada ruangan Logger.
 Langkah 7: Klik kanan pada fail yang hendak di muat turun.

Banyak cara untuk melajukan Torrent sebenarnya. Dan untuk makluman.. Ini adalah salah satu kaedah yang paling berkesan berdasarkan pengalaman dan ujicuba kita. Untuk pengguna streamyx sekiranya kelajuan µTorrent anda menyamai atau kurang sedikit dari IDM itu sudah di kira satu kejayaan. Dan untuk pengguna broadband.. kelajuannnya mungkin mampu melangkaui luar jangkaan..
Sebelum mulakan Torrent pastikan aplikasi UltraVPN dilancarkan terlebih dahulu. Kemudian pergi ke sini untuk mengujicuba µTorrent anda. Pastikan anda memilih fail yang selamat. Nilaikan sendiri dan semak komen pengguna lain. Dan pastikan fail tersebut mempunyai seeds yang baik kerana ini akan mempengaruhi kelajuan µTorrent anda.

Selamat mencuba noohhhh! Manalah tahu… Bulan jatuh ke riba Si Pungguk? Lalalala…

[Facebook] Shortcut Keys

Salam...

Ilmu itu laju...sedikit tertinggal kita boleh jadi keliru. Kejap lena bangun je, dah tergaru-garu. Juteru kita harus peka dengan apa saja yang berlaku. Tak minat ketepikan dahulu. Suka tak suka, mahu tak mahu, mesti ambil tahu. Paling tidak ambillah setakat apa yang perlu. Kelak esok tidak ditindas oleh anak cucu. Facebook dah bukan perkara baru tapi kita masih lagi kelu dengan Yahoo! Mereka dah pakai komputer dalam saku. Tapi CPU kita masih lagi di bawah bangku. iPad dah jadi buku tapi kita masih lagi pegang pensil kayu...huhuhu...tak ke haru!



Buat pengguna tegar Facebook, disini ada beberapa Shortcut Keys yang sepatutnya anda ambil tahu. Walaupun bukan sesuatu yang amat perlu, tidak salah sekiranya kita ambilnya sebagai simpanan ilmu. Inilah yang di namakan bahasa pengkomputeran. Melancarkan beberapa tetapan hanya dengan kod ringkas di atas papan kekunci. Hakikatnya tidak ramai di antara kita yang boleh hafal kesemuanya. Tapi mengingati satu dua Shortcut Keys pun sudah memadai sebagai asas kepada visi ambil tahu.

Untuk maklumanShortcut Keys ini hanya boleh dilakukan untuk Facebook yang menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Internet Explorer sahaja. Jom kita susuri satu-persatu:

Shift+Alt+0 : pusat bantuan facebook

Shift+Alt+1 : laman utama facebook

Shift+Alt+2 : halaman biodata facebook anda

Shift+Alt+3 : permintaan kawan

Shift+Alt+4 : mesej

Shift+Alt+5 : pemberitahuan

Shift+Alt+6 : laman akaun

Shift+Alt+7 : tetapan privasi

Shift+Alt+8 : halaman dalam facebook

Shift+Alt+9 : syarat dan tataguna facebook

Shift+Alt+? : membolehkan carian

Shift+Alt+m : mengarang mesej baru

Ilmu…dicampak ke darat jadi pohon kayu, dicampak ke laut jadilah perahu. Selamat mencuba dan menjadi manusia yang berilmu.

Sekian.

p/s : tak tahu la boleh guna lagi ke tidak . selamat mencuba ... 

Komputer Terbaik & Terhebat Di Dunia..?






 
Salam.. kepada sekalian jelata..

Percaya atau tidak anda sebenarnya mampu memiliki komputer yang terbaik dan paling hebat tanpa menyeluk sen pun. Ini bukan cerita MLM, tiada sistem piramid, tiada ketuk pintu dan pastinya ini bukan cerita tipu duit untuk jadikan komputer anda paling berkuasa di dunia.

Microsoft telah menetapkan kadar dari 1.0 hingga 7.9 sebagai penentu tahap prestasi hardware dan software di dalam sesebuah komputer Windows. Dan anda saksikanlah sendiri gambar di atas.. Intel Core Duo dan RAM 2GB dengan OS x32 bit mampu mencecah score 7.9. Maknanya ia telah mencapai tahap tertinggi di dunia. Sudah pasti menggerunkan saudaranya i5 dan i7…Haahh… Gempak tak?


Bagi yang ingin merasai sendiri kehebatan yang tak masuk akal itu.. semestinya kita tidak lokek untuk kongsikan di sini. Dengar betul-betul noohhhh…..
  1.Terlebih dahulu pastikan anda telah mematikan (disabled) User Account Control (UAC).
  2.Untuk komputer yang belum pernah melancarkan Windows Experience Index (WEI) SAHAJA sila lancarkan terlebih dahulu dan lihatlah hasil score nya.. rasa tak seronokkan?
  3.Pergi ke > C:\Windows\Performance\WinSAT\DataStore
  4.Pergi ke > XML file yang paling BAWAH sekali (contoh: 2011-09-21 06.00.21.017 Formal.Assessment (Initial).WinSAT).
  5.Buka XML file tersebut dengan notepad atau wordpad.
  6.Cuba cari skrip seperti contoh di bawah kemudian ubahlah angka berwarna merah mengikut kesukaan anda. Nak letak 1000000 pun boleh KECUALI <SystemScore>7.9 memang tidak boleh melebihi jumlah tersebut.. kalau nak dikurangkan.. boleh!


  7.Selesai ubahsuai tutuplah XML file dan save.
  8.Kemudian pergi ke My Computer :klik kanan > Properties > Windows Experience Index.. Dan lihatlah hasil kerjatangan anda sendiri… Wwwoooow!!!..Rasa megah tak?

Nak rasa lebih megah lagi? Tunjuk-tunjuklah pada rakan, kawan, jiran, kenalan dan orang kampung betapa melampau power nya komputer anda. Tapi.. janganlah tunjuk pada otai IT seperti Tuan Arya Putra.. nanti kena gelak melampau pulak. Sebenarnya trik ini memang sudah sedia ada sejak zaman Vista lagi.

Sebelum terjadi sebarang masalah kepada anda. Dan sebelum Tuan Arya Putra kick out kita kerana mendatangkan masalah kepada anda. Di sini kita terangkan 2 langkah keselamatan:
  1.Sebelum mengubah apa-apa ke atas XML file.. terlebih dahulu buatlah salinan (copy) file tersebut sebagai backup dan simpan. Jika berlaku kerosakkan pada XML asal bolehlah anda delete dan ganti dengan XML yang telah di backup tadi.
  2.ATAU jika dah bingung tak tahu nak buat apa.. anda cuma klik Re-run the assessment untuk kembali kepada keadaan asal.

Syyhhh..! Sebenarnya ini hanyalah untuk suka-suka sahaja. Hakikatnya setinggi manapun score yang telah anda dapat, prestasi (performance) komputer anda tetap takkan berubah pun! Minta maaf banyak-banyaklah ya.. pipit tetap bersama pipit mana nak sama dengan i5 & i7 …Hisskkk… !

Selamat mencuba.. dan anda telah 2 3 langkah ke hadapan..

Di ujijaya: Windows Vista, 7

p/s: Telah ada perisian untuk trik diatas tapi secara peribadi kita berpendapat lebih afdal dibuat cara manual. Bukan susah pun..! Tak payahlah nak sesakkan drive C dengan benda remeh macam ni.